Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

by - December 07, 2021

 Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia | Obesiti merupakan sejenis keadaan yang agak rumit di mana terdapatnya pengumpulan lemak yang berlebihan pada tubuh dan menyebabkan seseorang itu mengalami berat badan yang berlebihan.









Masalah kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenali sebagai masalah kesihatan yang berisiko terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung.

Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, masalah obesiti adalah satu penyakit yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbiditi. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit pada individu yang mengalami obesiti terutamanya penyakit jantung, penyakit hepatobiliary, diabetes dan lain-lain lagi penyakit merbahaya.

Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatandan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, dan berada pada tahap yang membimbangkan. Tinjauan NHMS yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa satu daripada dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti.

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia


Manakala sebanyak 17.5% rakyat Malaysia dikesan menghidap Diabetes, 30.3% menghidap Hipertensi dan 47.7% mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi pada tahun yang sama.

Pada tahun 2019, menurut tinjauan NHMS mendapati 50.1% daripada orang dewasa mempunyai, sama ada berlebihan berat badan atau obes di mana 30.4% adalah berlebihan berat badan manakala 19.7% adalah obes.

Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 34% dan obesiti sebanyak 19.7%. Keadaan ini bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, malah dikalangan kanak-kanak juga peratusannya sangat membimbangkan.

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia


Jadi, apakah punca obesiti berlaku dikalangan rakyat Malaysia yang semakin menggerunkan?

Punca Obesiti berlaku dikalangan rakyat Malaysia

Makan Banyak, Kurang Bersenam, Kalori Menjadi Lemak

Punca utama obesiti adalah disebabkan ketidakseimbangan pengambilan dan penggunaan tenaga harian. Ini terjadi apabila seseorang individu mengambil makanan yang berlebihan tetapi tidak melakukan aktiviti fizikal dan senaman yang mencukupi. Sekiranya keadaan ini berterusan, berat badan akan meningkat. Keadaan ini berlaku kerana jumlah tenaga yang diperolehi daripada makanan yang dimakan tidak digunakan sepenuhnya oleh badan dan bertukar menjadi lemak.

Gaya Pemakanan yang tidak sihat

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Pada zaman sekarang, faktor pemakanan adalah punca utama berlakunya obesiti. Gaya pemakanan yang tidak sihat yang sering diamalkan oleh rakyat Malaysia merupakan penyebab berlakunya peningkatan kadar obesiti di Malaysia. Ini kerana jumlah pengambilan kalori yang terlalu banyak daripada pemakanan seharian seperti makanan segera, minuman bikarbonat, makanan manis, makanan bergoreng dan banyak lagi adalah penyumbang utama kepada obesiti. Kemunculan pelbagai restoran makanan segera yang menjual makanan berkalori tinggi pada harga yang rendah merupakan penyebabkan peningkatan kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Gaya Hidup Tidak Sihat

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Amalan gaya hidup yang tidak sihat juga merangsang peningkatan kadar obesiti di kalangan rakyat Malaysia. Kesibukan bekerja, menyebabkan mereka sering keletihan. Beban pekerjaan yang makin meningkat menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan riadah atau bersenam selepas waktu bekerja. Selain itu, kebanyakan orang pada masa kini lebih suka menghabiskan masa mereka bermain game online di telefon atau computer, melayan social media atau berehat di rumah daripada melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Genetik keluarga

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Benarkah anak-anak di mana ibu bapanya menghidap obesiti mempunyai risiko setinggi 80% untuk menghidap obesiti juga? Obesiti disebabkan faktor genetik selalunya dikaitkan dengan gaya pemakanan yang diambil oleh keluarga itu. Sebenarnya punca disebabkan genetik keluarga ini sama sekali tidak kukuh kerana obesiti disebabkan keturunan ini boleh di ubah atas kesedaran diri sendiri.

Tetapi ada kes-kes tertentu yang mendorong seseorang mengalami obesiti disebabkan genetik seperti sindrom Prader-Willi.

Oleh itu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan genetik keluarga punca obesiti berlaku

Faktor Kesihatan

Dalam kes-kes tertentu, berat badan seseorang boleh naik mendadak disebabkan faktor kesihatan. Individu yang mempunyai masalah kesihatan juga boleh menyebabkan obesiti berlaku. Antara contoh penyakit adalah:

Hypothyroidism iaitu keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya.

Sindrom Cushing merupakan sindrom yang menyebabkan penghasilan hormon steroid yang melampau.

Walaubagaimanapun, kedua-dua penyakit di atas dapat dirawat dengan baik dan pesakit dapat menurunkan berat badan setelah menjalani rawatan dengan pakar.

Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mempengaruhi obesiti. Ubat-ubatan seperti ubat anti kemurungan dan pil perancang boleh menyebabkan kegemukan. Ini mungkin berpunca daripada kesan tindak balas daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut.

Stress

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Stress atau tekanan perasaan juga menjadi punca berlakunya obesiti. Bagi sesetengah individu, untuk mengurangkan tekanan perasaan yang dialamai mereka akan kerap mengambil makanan. Pengambilan makanan manis selalunya menjadi pilihan untuk mengurangkan rasa tertekan. Keadaan ini akan dilakukan sehingga mereka merasa lega.

Kesimpulannya, masalah obesiti yang di alami oleh rakyat Malaysia, adalah berpunca dari individu itu sendiri. Kesedaran diri untuk memastikan berat berada pada paras normal adalah penting. Mereka sepatutnya mengamalkan pengambilan pemakanan yang betul, membudayakan amalan hidup yang sihat dan aktif untuk memastikan kesihatan diri berkualiti demi kehidupan yang lebih baik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diambil untuk mencegah obesiti daripada melarat dan individu itu berhak mendapatkan apa yang terbaik untuk kesihatan dirinya.


Jom Dapatkan Any Produk Shaklee ini sekarang! 


Untuk makluman,  dapatkan lebih penjimatan hampir 20% dari harga pasaran, daftarlah sebagai ahli sekarang juga! 

Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.



* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Ini adalah iklan produk suplemen.



Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi put di +60196728297 



klik untuk order


 



---------------------------------------------------------------


YOU HAVE TWO HANDS, 

ONE FOR HELPING YOU, 

OTHER ONE FOR HELPING OTHERS

Your Most Wanted SID -Puteri Suhaila -

ID NO. - 1448893 

untuk order dan pertanyaan,

sila Follow saya di FB saya, Puteri Suhaila 

atau follow FB Page saya, Jutawan Shaklee 

atau follow IG saya, 

Puteri Suhaila_shakleebatupahat

atau email di puterinursuhailaabrahman@gmail.com

atau sms (wa) +6019-6728297 





You May Also Like

0 Comments


Bismillahirrahmanirrahim….. “Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.Amin Ya Rabbal Alamin..

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.