CARA KIRA BONUS SHAKLEE TAK TERMASUK CAR BONUS|PUTERI SUHAILA

by - June 29, 2021

 CARA KIRAAN BONUS SHAKLEE  : PERFORMANCE BONUS, NET PERSONAL BONUS  LEADERSHIP BONUS


9 Level Bonus



Kali ini put akan menjelaskan bagaimana Cara Kiraan Bonus Shaklee yang merangkumi Perfomance Bonus dan Leadership Bonus. Jika nak Bonus besar, wajib tahu Cara Kiraan Bonus Shaklee ini supaya anda boleh tahu cara nak set target bonus setiap bulan. 

Bestnya buat Bisnes Shaklee ini sebab kita boleh besarkan income/bonus kita dengan leveragekan lagi bisnes (dapat bonus kepimpinan) tanpa menggunakan modal yang besar. Selain dapat untung runcit, kita akan dapat bonus yang besar pada Perfomace Bonus & Leadership Bonus

Cara Kiraan Bonus Shaklee melibatkan diri sendiri dan juga organisasi. Jika kita fokus kepada sale peribadi kita akan dapat Perfomace Bonus sahaja. Jika kita fokus kepada kembangkan organisasi dan leveragekan lagi Bisnes Shaklee dengan merekruit seramai mungkin Pengedar Shaklee bawah organisasi kita, maka kita akan dapat Leadership Bonus.

Apa Itu UV, PV & GUV

Sebelum kita nak mulakan kiraan bonus shaklee, perlu faham apa itu UV, PV dan GUV. Ini adalah perkara asas yang kita perlu tahu dulu sebelum kita nak mengira kiraan bonus yang lebih details.

UV (Unit Volume) – Setiap produk shaklee mempunyai unit volume iaitu UV. contoh Vivix 112uv, ESP 37uv

PV (Purchase Volume) – Satu jumlah pembelian bagi produk shaklee : contoh Vivix 380PV, ESP 125PV

GUV (Group Unit Volume) – Keseluruhan Unit Volume  termasuk diri sendiri dan group kita yang merangkumi customer/dpwnline

cth:

Kita Beli Vivix atas ID sendiri = 112uv

Customer Beli Vivix atas ID customer= 112uv

Jadi total GUV kita ialah ; 224GUV

Jumlah Kiraan Bonus Shaklee : Perfomance Bonus & Leadership Bonus

Besarnnya Bonus Shaklee merangkumi Perfomance Bonus dan juga Leadership Bonus. Bonus shaklee ini boleh jadi lebih besar jika banyak fokus kepada leadership bonus. Untuk perfomace bonus, pihak syarikat memberikan bonus sehingga 21% manakala leadership bonus juga bonus sehingga 21%. Maka, keseluruhan bonus ini 42%. Jika anda naik ke pangkat lebih tinggi minimum coordinator ke atas, anda layak untuk dapat insentif coordinator sehingga 1.5%.

Perfomance Bonus 21.0%

Leadership Bonus 21.0%

Insentif Coordinator ke atas 1.5%

= Total Bonus Shaklee 43.5%


Kiraan semua bonus bisnes Shaklee: Performance Bonus & Leadership Bonus




Cara Kiraan Bonus Shaklee Bila Consume Untuk Diri Sendiri & Keluarga (Perfomance Bonus)

Ini adalah details cara kiraan Bonus Shaklee bila anda beli produk shaklee untuk consume pada diri sendiri atau anda berkongsi juga dengan ahli keluarga.

Nilai Pembelian RM480.00  = 150uv = 5%

Nilai Pembelian RM960.00  = 300uv = 8%

Nilai Pembelian RM1920.00 = 600uv = 11%

Nilai Pembelian RM3840.00 = 1200uv = 14%

Nilai Pembelian RM6400.00 = 2000uv = 17%

Nilai Pembelian RM9600.00 = 3000uv = 21%

Contoh Anda beli untuk consume sendiri & berkongsi dengan anak dan juga pasangan anda

Bcomplex 2 unit (14uv x 2 = 28uv)

Zink 1 unit (10uv)

Vivix 1 Unit (112uv)

Total = 150uv

Kelayakkan bonus 150uv= 5%

Cara kiraan bonusnya :

150uv x RM3.30 (nilai dolar) x 5% = RM24.75

Nilai Bonus/ Cash Back yang akan masuk ke akaun Bank anda sebanyak RM24.75

So, jika anda target nak capai bonus setiap bulan dalam RM500 Anda boleh lihat carta di bawah ini untuk lebih lanjut berapakah nilai pembelian, UV dan % Bonus yang anda akan dapat


Kiraan Bonus bisnes Shaklee bila consume sendiri dan keluarga




Cara Kiraan Bonus Shaklee Bila  Mula Berkongsi Dengan Kenalan/ Customer/ Downline (Perfomance Bonus + Bonus Dedikasi/Net Personal Bonus)

Ini Cara Kiraan Bonus Shaklee jika anda mula consume untuk diri sendiri dan mula berkongsi kebaikkan produk shaklee kepada customer/kenalan anda.

Katakan anda ialah Naruto membeli produk shaklee 600uv

Kenalan anda ialah Sasuke membeli produk shaklee 300uv 

Cara kiraan kelayakkan bonus Naruto:

600uv + 300uv (sasuke) = 900uv

Maka Naruto Layak dapat 11% bonus (900uv). Boleh rujuk carta jadual nilai bonus bagi Perfomance Bonus

Cara kiraan kelayakkan bonus Sasuke:

300uv= 8%

300uv x RM3.30 (nilai dolar) x 0.08 = RM79.20

Cara kiraan keseluruhan bonus Naruto

Naruto: 600uv x RM3.30 x 0.11 =RM217.80

Sasuke: 300uv x RM3.30 x (11%-8%) = RM29.70 (Inilah yang di namakan bonus dedikasi / net personal bonus yang diberikan oleh company)

Total =RM247.50

Anda boleh lihat carta di bawah ini untuk lebih lanjut


Kiraan Bonus bisnes Shaklee bila start berkongsi dan ada downline 




Bonus Downline Boleh Lebih Tinggi Dari Upline

Dalam Bisnes Shaklee ini tiada istilah upline boleh goyang kaki sahaja dan mengharapkan downline yang buat kerja sahaja.

Kiraam Bonus bisnes Shaklee bila dah ada downline.
Tiada istilah upline goyang kaki.



Untuk pembelian Shaklee atau nak join bisnes shaklee atau apa apa pertanyaan lanjut berkenaan Shaklee, boleh whatsapp put.

Love,
Puteri Suhaila.











You May Also Like

0 Comments


Bismillahirrahmanirrahim….. “Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.Amin Ya Rabbal Alamin..

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.