CARA NAK NAIK RANK UP SUPERVISOR KE RANK MASTER COORDINATOR
PEROLEH BONUS
Shaklee memupuk kami untuk saling berkasih sayang dalam bisnes sambil membantu level up kesihatan, level up potensi diri dan asah bakat downline downline kita |
CARA KIRA BONUS SHAKLEE 2021 TERBARU! TEPAT. APABILA ANDA MEMBELI MELEBIHI 150 UV, ANDA MENDAPAT SEMULA 5% DALAM BENTUK BONUS.
Jadual Bonus Shaklee Kumpulan Peribadi |
Di Shaklee, kami tidak pernah mengabaikan keselamatan dan ketulenan demi keberkesanannya. Kami mencipta produk yang selamat, dan ia benar-benar selamat seperti apa yang diperkatakan. Pada setiap masa.
Jatuh cinta dengan yang terbaik, cuba set permulaan kami.
Set Keperluan Harian adalah Set Best Seller Shaklee dengan perolehi 239uv. |
MULA JANA PENDAPATAN HARI INI CARA KIRA BONUS SHAKLEE 2021 TERBARU! TEPAT
Dengan mengesyorkan kepada 3 orang lain.
Dalam contoh di bawah, anda telah membeli Set Keperluan Harian dan syorkan kepada 3 orang lain untuk melakukan perkara yang sama.
(Lihat gambar di atas untuk harga dan jumlah UV untuk Set Keperluan Harian.)
CARA KIRA BONUS SHAKLEE 2021 TERBARU! TEPAT. ANDA AKAN MEMPEROLEHI BONUS SET KEPERLUAN HARIAN BERJUMLAH LEBIH DARIPADA RM200.
PGUV atau PERSONAL GROUP UV anda dikira:
239uv × 4 orang (anda dan 3 orang rakan anda)
=956uv
Lihat carta di bawah 956uv berada pada 11% bonus.
Jadual Bonus Kumpulan Peribadi |
Peroleh sehingga 21% Bonus daripada volum kumpulan anda, tolak dengan perbezaan bonus.
Dapatkan bonus perbezaan (over-ride) sebagai ganjaran untuk sokongan dan perkhidmatan yang anda tawarkan apabila anda membina kumpulan.
Contoh:
• Anda berada pada tahap 11%. A,B,C adalah 5%.
• Anda memperoleh perbezaan
11%-5% = 6% x RM808
= RM48.48
CARA KIRA BONUS SHAKLEE 2021 TERBARU! TEPAT. PEMIMPIN PERNIAGAAN ATAU LEADER SHAKLEE INDEPENDENCE DISTRIBUTOR (SID)
Apabila anda mencapai Bonus 21%, anda akan mencapai Pangkat Kepimpinan yang pertama iaitu“Supervisor”.
Pemimpin Perniagaan adalah Pengedar Bebas Shaklee yang dilantik ke pangkat Supervisor atau lebih tinggi.
Bina kumpulan anda dengan mencari orang lain yang berkongsi keinginan yang sama dengan anda untuk mencari kehidupan yang lebih memberi ganjaran serta pelanggan yang akan menyukai produk tersebut.
Mulakan dengan 3 orang dan kembangkan kumpulan anda.
Dalam contoh di bawah, anda mengekalkan volum 11% dan tumpukan kepada 3 orang lain yang ingin mencari pendapatan tambahan.
ANDA AKAN MEMPEROLEH RM1,527.12
Bagaimana nak capai rank Supervisor Shaklee |
Untuk menjadi Pemimpin Perniagaan, seorang Pengedar Bebas Shaklee haruslah mencapai pangkat lantikan Supervisor ke atas.
Ini adalah apabila seorang Pengedar mencapai Volum Kumpulan sebanyak 3,000UV atau lebih dalam tempoh satu bulan tertentu, Pengedar tersebut akan terpisah daripada kumpulan peribadi Pemimpin Perniagaan Atasan untuk membentuk kumpulan peribadi mereka sendiri.
Dengan terhasilnya 1 cabang baharu, anda layak sebagai "Senior Supervisor". Cabang Pemimpin Perniagaan adalah Pemimpin Perniagaan Efektif Generasi 1.
Senior Supervisor |
Generasi 1
• Apabila Pemimpin Perniagaan Bawahan (B) anda terpisah daripada kumpulan peribadi anda untuk membentuk kumpulannya sendiri.
• Pemimpin Perniagaan (B) mengambil 3,000 UV daripada Anda untuk membentuk kumpulannya sendiri.
Apakah “Volum Tak Dihalang?”
• Apabila Supervisor melahirkan seorang Supervisor baharu, mereka dikehendaki mengekalkan jumlah volum yang “tak dihalang” dalam kumpulan peribadi mereka dalam bulan tersebut untuk mengekalkan pangkat.
• Volum yang tak dihalang adalah jumlah yang diperlukan dalam kumpulan Supervisor dalam bulan kelahiran Supervisor dan bulan-bulan berikutnya.
Untuk kekal Effective Senior Supervior |
GENEALOGI
• Pengedar Bebas Shaklee adalah sebahagian daripada genealogi, juga dikenali sebagai Kumpulan Penajaan anda.
• Semua Pengedar Bebas Shaklee sehingga ke ahli terbaharu dalam semua Barisan Penajaan yang meliputi dari dan bawah mana-mana Pengedar Bebas Shaklee yang diberikan, juga dirujuk sebagai Organisasi anda.
• Urutan hubungan penaja-pengedar yang diwujudkan apabila seorang Pengedar Bebas Shaklee menaja ahli baharu ke dalam Shaklee.
• Barisan Penajaan meliputi Pengedar di atas atau ke atas dari setiap pengedar baharu.
Geneologi atau carta organisasi SID Shaklee |
Dengan 3 Cabang Pemimpin Perniagaan baharu, anda layak sebagai "Coordinato"r. Tingkatkan pendapatan anda secara signifikan dengan bonus-bonus ini:
• Dapatkan sehingga 21% Bonus Kumpulan Peribadi
• Dapatkan sehingga 14% dengan 4 peringkat Bonus Kepimpinan
• Dapatkan Bonus Infiniti sebanyak 0.5%
• 20 Mata Ganjaran Konferens untuk Cabang Supervisor Baharu.
• 10% Mata Ganjaran Konferens tambahan untuk Konsistensi
• Layak menerima Bonus Kereta
Coordinator Shaklee |
CARA KIRA BONUS SHAKLEE 2021 TERBARU! TEPAT. BONUS KEPIMPINAN
• Bonus Kepimpinan dibayar pada peratusan tetap ke atas Volum Kumpulan bagi Pemimpin Perniagaan Bawahan pada setiap generasi, sehingga enam generasi.
• Pangkat tertinggi mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memperoleh pendapatan daripada lebih banyak generasi.
• Ia adalah tanggungjawab Pemimpin Perniagaan Atasan untuk menyokong, melatih, membimbing dan mengembangkan para Pemimpin Perniagaan Bawahan dan menunjukkan teladan yang baik.
Bonus kempimpinan dari LB1 sehingga LB6 |
BONUS KEPIMPINAN (LB): Berikut adalah bonus bulanan yang anda peroleh dari setiap Pemimpin Perniagaan Efektif (EBL)dalam organisasi anda - sehingga enam peringkat.
Sebagai Senior Supervisor, anda akan mendapat bonus 5% berdasarkan Volum Pembelian Kumpulan (GPV) daripada Pemimpin Perniagaan Efektif Peringkat Pertama (1) anda, 4% berdasarkan GPV daripada EBL Peringkat ke-2 dan 3% berdasarkan GPV daripada EBL Peringkat ke-3. Lebih ramai EBL dalam organisasi anda, semakin besar pendapatan anda. Untuk pengetahuan:
Key Coordinator memperoleh LB sehingga peringkat ke-5, manakala Master Coordinator memperoleh LB sehingga peringkat ke-6. Bonus ini menyumbang sebahagian besar pendapatan Pemimpin Perniagaan yang berjaya.
Bonus kepimpinan digambarkan seperti carta organisasi di bawah:
Carta organisasi Bonus Kempimpinan dari LB1 sehingga LB6 |
CARA KIRA BONUS SHAKLEE 2021 TERBARU! TEPAT. BONUS INFINITI
• Bonus Infiniti adalah insentif untuk Pemimpin Perniagaan peringkat pertengahan dan lebih tinggi untuk terus membina organisasi mereka melebihi Generasi ke-6 atau LB6
• Bonus Infiniti diperolehi setiap bulan sehingga 1.5% ke atas volum SEMUA Pengedar dalam organisasi anda sehingga ke pengedar bawahan efektif yang seterusnya yang juga layak, berdasarkan pangkat anda dan pangkat Pemimpin anda - bermula dengan pangkat Coordinator.
BONUS INFINITI (IB): Kadar yang akan dibayar adalah bergantung kepada pangkat anda dan jumlah yang dibayar adalah berdasarkan kepada Volum Pembelian Kumpulan (GPV) yang dihasilkan oleh Keseluruhan Organisasi anda ditolak dengan GPV yang diperoleh oleh Pemimpin Perniagaan Bawahan yang Efektif (EBL) yang juga layak menerima Bonus Infiniti.
Program UV untuk Pangkat membolehkan Pengedar mencapai Pangkat Lantikan dan mengekalkan Pangkat Efektif bagi Senior Coordinator dan ke atas dengan mencapai kombinasi PGUV dan FLPC.
7 level dalam Shaklee dan selalunya Master dapat bonus kempimpinan dari LB1 sehingga LB6 |
Seorang Pemimpin Perniagaan yang layak memperoleh peratusan tambahan daripada Volum Kumpulan bagi setiap Generasi Pemimpin Perniagaan Bawahan, sehinggalah ke kedudukan bawah organisasi mereka (iaitu Infiniti). Bonus Infiniti dibayar berdasarkan berapa banyak LB1 sehingga LB6 mereka.
Peratusan Bonus Infiniti dikira dari peringkat Coordinator sehingga Master Coordinator |
Kelayakan untuk memerima Anugerah Pencapaian |
Kenaikan Pangkat
• Bulan di mana anda mempunyai Pengedar yang bukan Pemimpin Perniagaan yang dinaikkan pangkat ke Supevisor, Senior Supervisor atau Coordinator, anda hanya perlu mencapai PGUV 1,000 untuk melayakkan diri sebagai Senior Supervisor, Coordinator dan Senior Coordinator. (Pengedar Bukan Pemimpin Perniagaan merupakan sama ada Pengedar / Distributor atau Assistant Supervisor).
• Dalam bulan berikutnya, jika Pengedar tersebut dapat mengekalkan pangkat yang dinaikkan, anda hanya perlu mencapai Minimum PGUV 1,500 untuk melayakkan diri sebagai Senior Supervisor, Coordinator dan Senior Coordinator.
• Kenaikan pangkat kepada Coordinator dan ke atas adalah terhad kepada satu pangkat setiap bulan.
Kelayakan penerima Bonus Kepimpinan (LB) dan Bonus Infiniti (IB) |
0 Comments