KOLEKSI RESEPI SAMBAL WARISAN NENEK MOYANG MASAKAN KAMPUNG
Resepi Sambal Gesek Indonesia |
Resepi Sambal Gesek Indonesia
PEMBUKA SELERA YANG LUAR BIASA.
SAMBAL #GESEK INDONESIA. RESEPI BIBIK YG DAH SETAHUN BALIK INDONESIA. BIBIK TINGGALKAN RESEPI NI. KORG SHARE LA.. BLH CUBA..
BAHAN-BAHANNYA:
1 genggam ikan bilis (belah dan buang tulangnya-bersihkan dan rendam seketika~10 min)
4 biji cili merah (dibuang bijinya)
7 biji cili api (merah dan hijau)
1 labu bawang besar (dibelah 6)
4 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
1/2 sudu teh belacan (nak lagi sedap,bakar seketika atas api)
Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1)Goreng bawang besar,bawang putih,cili api dan cili merah & hijau biar sampai layu.Toskan
Haaa..goreng sampai jadi macam ni ek.
2)Goreng ikan bilis separa masak (jangan sampai garing plak)
3)Tumbuk kesemua bahan yang telah digoreng bersama belacan bakar. Apabila agak hancur,masukkan ikan bilis.
4)Tambahkan perasa garam dan gula mengikut citarasa masing-masing.
5)Hidangkan bersama limau kasturi.
SELAMAT MENCUBA...
Share
Sumber: Viral oh Viral
Resepi Sambal Gesek (Resepi Mudah Masakan Kampung) |
Resepi Sambal Gesek (Resepi Mudah Masakan Kampung)
Bahan-bahan
Segenggam ikan bilis
Segenggam cili api (kurangkan jika tidak suka pedas)
2-3 biji cili merah
Bawang merah ½ biji
Bawang putih 2 ulas
Belacan ½ inci
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya
Limau kasturi 4 biji ( agau 1 biji sederhana limau nipis)
Kaedah
Basuh ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Goreng cili api, cili merah ,bawang besar ,bawang putih dan belacan.
Alihkan dan tos dari minyak
Masukkan kesemua bahan yang telah di goreng ke dalam lesung tumbuk dan tumbuk. Atau jika anda suka jika lesung batu yang leper, bolehlah digesek.
Tambahkan ikan bilis,asam limau,garam,gula dan serbuk perasa.Gesek hingga semua bahan lumat.
Siap, bolehlah dihidang bersama ulam-ulaman.
Sumber:Mazaliffah Md Esa
Resepi Sambal Belacan Dalam Periuk |
Resepi Sambal Belacan Dalam Periuk
Resepi ini dari arwah kakak ipar saya (kak toh). Mudah je ni, anggaran untuk 30 orang makan.
BAHAN-BAHAN
Cili Merah Besar 20 biji
Cili Api Merah 20 biji
Cili Api Hijau 20 biji
(Yang tak kuat pedas, kurangkan cili api. Lebihkan cili besar merah)
Tomato 3 biji
Belacan tanjung dawai / belacan tu guna separuh tau / bakar
Garam sikit je tau
Ajinomoto sikit
Gula 3 sudu makan (agak-agak je)
Air limau kasturi dalam 10 biji
Air asam jawa (pati sahaja)
CARA-CARA
Blender semua bahan-bahan guna pati air asam jawa + perahan air limau sahaja (Tak guna air kosong).
Tak digoreng ye.
Saya suka buat banyak-banyak simpan dalam peti ais. InsyaAllah sebulan pun tak rosak. Lagi bertambah sedap.
Tak minta banyak like. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Shapitah binti Ishak @ Awang. 😘
Kredit: Suriani Mohd (MAHN)
Resepi Sambal Ikan Mempelam Muda |
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET NGOSEK |
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET NGOSEK
Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
- 20 batang cili merah
- segenggam cili padi merah + hijau
*atau kurangkan kuantiti untuk sedikit rasa pedas*
- 1/4 bawang holland
- 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji tomato kecil
- semangkuk kecil ikan bilis
- 1 sudu kecil udang kering
- secubit belacan
Untuk cara goreng,
cikgu goreng asing cili dan bahan lain.
Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar.
Kacau sesekali.
Masukkan baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal masak dalam api perlahan.
Perasakan bahan dengan gula perang dan garam bukit secukup rasa.
Cikgu tambah secubit dua perencah Hilal. Boleh beli di Tesco.
Cikgu keluarkan sedikit minyak sambal yang telah pecah minyak.
Tutup api selepas semua rasa bersatu.
Kredit : Afy Al Habibi
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET PEDAS BERDESING |
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET PEDAS BERDESING
Sambal ayam penyet pedas berdesing katanya🔥 Buat stok terus senang. Nak makan tinggal ambik je🤤
Bahan2:
Cili padi merah
Cili padi hijau/kampung
Cili besar
Bawang besar
Bawang putih
Tomato
Bilis
Belacan
Cara:
1. Goreng sampai layu semua bahan2.
2. Blend kasar semua bahan kecuali tomato
3. Tumis sampai pecah minyak. Masuk gula melaka/nise dan gula putih/perang, garam, asam jawa, tambah air kalau kering sgt, kiub bilis dan tomato td. Tumis lagi sampai semua bahan sebati. (proses ni mungkin ambik masa lama sebab nak bagi cili betul2 masak, kang sakit perut pulak). Api sederhana je ye
4. Siap!
RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP |
RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP
Saya ni memang sangat suka makanan indonesia, terutamanya nasi ayam penyet. Dari zaman bujang lagi duk layan nasi ayam penyet ni. Siap belajar macam-macam resepi sambal penyet. Tapi semua resepi tu macam ada tak kena. Masih belum betul-betul puas hati dan belum sama macam kedai faveret. Hahahah.
Haritu, ada lah terfikir nak cuba cari resepi yang memang dari orang indonesia. Cari punya cari, terjumpa lah satu resepi ni. Pelik sikit resepi dia, sebab tak letak bawang merah. 😅 Macam risau jugak, takut tak sedap, sebab sebelum ni resepi sambal penyet semua kena letak bawang banyak-banyak. Haha.
Tapi rupa-rupanya resepi ni memang PERFECT. Sedap sangat-sangat bagi tekak saya. Memang rasa macam tak perlu beli kat kedai dah. Hahaha.
Resepinya mudah saja.
Bahan-bahan :
Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak
**Takde sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah.
Cara-cara :
1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
3. Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan.
4. Goreng sehingga layu.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.
6. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.
7. Saya punya ni saya guna hand blender.
8. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka.
10. Siap!
Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang konpem bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah. 😍
Selamat mencuba semua.
#resepijuwita
Kredit juwita afifah
Resepi Sambal Kicap Johor |
Haritu raya beli tempe & tauhu untuk masak lodeh. Ada lebih ingat nak goreng lah. Sekali pencicahnya takdeee. Alamakkk aiii. Jadi harini baru la berkesempatan nak buat pencicah tempe tauhu, eh bukan takat tu je, buat cicah goreng pisang, keropok, add-on dalam sup pun boleyyy tauuu. 😉
Sambal kicap Johor cara Kak Izz resepi Ibu. 😋
1. Bahan utamanya ialah cili hijau, cili merah (kalau nak extra pedas), bawang putih, cuka & kicap.
2. Blend kan bawang putih & cili. Masuk air sikit then tambah gula. Gula ni bergantung pada citarasa masing-masing. Nak rasa manis sikit, letak lebih.
3. Tambah minyak masak. Kak Izz letak 2 sudu je untuk portion sambal kicap nak buat ni.
4. Siap blend, masakkan dalam periuk sampai hilang buih (dalam 15 minit macam tu) & tambah garam. Step ni untuk balancekan rasa gula tadi.
5. Lepastu tambah kicap. Kak Izz letak sebotol. So, colournya hitam cantik gituuu.
6. Lastly tambah cuka. Letak dalam 3 sudu je. Functionnya untuk tahan lama. Didihkan lagi. Kalau nak pekat, lama sikit la. Kalau nak cair, didih sekejap dah ok. Dah siap, biarkan sejuk pastu baru botolkan. Inshaa Allah, tahan berbulan jugak.
Selamat mencubaaaaa. 🥳
Kredit: Fadiznuur Mohd Zin
Resepi Sambal Kicap Kelantan |
Resepi Sambal Kicap Kelantan
Selepas resepi sambal belacan kedai Siam, cikgu nak kongsi pula resepi sambal kicap. Cikgu orang Kelantan tulen. Tapi sangat suka sambal kicap ala orang Johor ni. Cikgu suka buat jadi ibu sambal kicap simpan dalam peti. Walaupun semua orang dah tahu buat sambal ini, cikgu tetap nak bagi tips cara buat dan menambahkan kesedapan sambal kicap ini.
Nanti mudah nak cicah tauhu begedil, makan dengan soto. Haa nak buat bihun sup ringkas pun cikgu suka ada sambal kicap. Gambar sambal kicap cikgu cicah siakap goreng tu memang mengancam. Ramai kawan fb cikgu terliur. Sebenarnya cikgu tambah cili potong dengan letak bawang je guna sambal kicap sama.
Nampak betul-betul sedap kan?
Jadi cikgu nak kongsilah sambal kicap ikut gaya cikgu sendiri.
Resepi Ibu Sambal Kicap Awesome
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
- dua genggam cili padi hijau
- 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
- Goreng seketika dua bahan di atas.
- Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh tengok dekat wall cikgu okay.
Selamat mencuba.
#resepicikguafy
Kredit: Afy AL Habibi (MAHN)
Resepi Tauhu Berkauk Sambal Kicap |
Resepi Tauhu Berkauk Sambal Kicap
Tauhu berlauk dgn sambal kicap..
mmg sedap lah cicah sambal kicap pedas2 manis tuu..
Resepi Tauhu Berlauk @ nugget tauhu👇
Bahan-Bahan:
Tauhu - 4pcs
Tauhu Telur - 2pcs
Daging Kisar - (goreng tanpa minyak. Tak goreng dulu pun takpe)
Telur - 2 biji
Carrot - hiris halus
Daun sup - hiris halus
Daun bawang - hiris halus
Cili merah - hiris halus
Serbuk Lada sulah
Serbuk Lada hitam
Garam
Serbuk perasa
Kisar semua bahan dibawah:
Tauhu
Tauhu Jepun
Telur
Cara cara:
Satukan kesemua bahan kisar dengan daun sup, daun bawang, carrot, cili merah yg telah dihiris halus, gaulkan kesemuanya.
Masukkan daging kisar.
Masukkan serbuk perasa, garam, serbuk lada sulah lada hitam. Gaulkan hingga sebati.
Masukkan kedalam acuan. Kukus selama 20-30 minit.
Keluarkan dari pengukus dan biarkan sementara. Boleh difrozenkan atau goreng terus.
Celupkan tauhu dengan telur untuk digoreng. Dan siap!
Sambal kicap Johor:
Cili padi
Bawang putih
Sedikit gula
Kicap
- tumbuk cili padi, bawang putih, gula.
- last, gaul dengan kicap.
Done tauhu berlauk cicah sambal kicap johor. Paduuuuu! 🔥
kredit resepi : norishah nordin
Airtangan dan gambar oleh;Eniza M. Salim
Resepi Sambal Totok |
Resepi Sambal Totok
Pernah ‘Viral’ Sebelum Ini, Ini Dia Resepi Ringkas Sambal Totok Yang Terlampau Sedap, Makan Dengan Nasi Putih Terangkat Habis!
BAHAN-BAHAN:
1/2 gengam ikan bilis kopek(basuh dan rendam)
*30 tangkai cili padi merah+hijau
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*sedikit belacan
Sedikit garam
1 biji limau nipis
CARA PENYEDIAAN:
Goreng bahan bertanda * hingga layu dalam minyak yang sedikit
Tumbuk semua bahan yang digoreng tadi dengan sedikit garam. Tumbuk pecah-pecah manja je.
Masukkan ikan bilis yang dah ditoskan dan tumbuk sebati.
Perahkan limau dan gaul sebati.
Siap dan makan dengan nasi panas.
SELAMAT MENCUBA!
Kedit: Siti Maheran Shafei
Saya ajent Shaklee, berminat nak cuba Shaklee? Jom dapatkan Shaklee dengan harga ahli
Untuk pembelian dan apa apa berkaitan dengan produk, boleh hubungi put. Jadi, untuk dapatkan lebih penjimatan hampir 20% dari harga pasaran, daftarlah sebagai ahli sekarang juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee. Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee. Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee. * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah iklan produk suplemen. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi put di +60196728297 klik untuk order --------------------------------------------------------------- YOU HAVE TWO HANDS, ONE FOR HELPING YOU, OTHER ONE FOR HELPING OTHERS Your Most Wanted SID -Puteri Suhaila - ID NO. - 1448893 untuk order dan pertanyaan, sila Follow saya di FB saya, Puteri Suhaila atau follow FB Page saya, Jutawan Shaklee atau follow IG saya, Puteri Suhaila_shakleebatupahat atau email di puterinursuhailaabrahman@gmail.com atau sms (wa) +6019-6728297 Klik link di sini untuk mengetahui: IKHTIAR HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE / TTC PREGNANT Klik link di sini untuk mengetahui: SIMPTOM SIMPTOM TANDA TANDA MENGANDUNG DENGAN SET HAMIL SHAKLEE Klik link di sini untuk mengetahui: SET BERPANTANG SHAKLEE CEPAT SEMBUH LUKA BERSALIN NORMAL CEASER Klik link di sini untuk mengetahui: TESTIMONI SET IKHTIAR HAMIL/KESUBURAN SHAKLEE |PUTERI SUHAILA Klik link di sini untuk mengetahui: TESTIMONI MENGANDUNG DENGAN SET HAMIL SHAKLEE| PUTERI SUHAILA Klik link di sini untuk mengetahui: TESTIMONI BERPANTANG DENGAN SET BERSALIN SHAKLEE NORMAL CEASER Klik link di sini untuk mengetahui: KENCING MANIS GDM RISIKO IBU & BAYI ATASI SET HAMIL SHAKLEE Klik link di sini untuk mengetahui: BOLEH KE IBU MENGANDUNG MINUM LIFE SHAKE ELDERBERRY SHAKLEE Klik link di sini untuk mengetahui: SET MENYUSU SHAKLEE MILK BOOSTER BREASTFEED BF PREMIUM FUNGSI Klik link di sini untuk mengetahui: KENCING MANIS GDM RISIKO IBU & BAYI ATASI SET HAMIL SHAKLEE Klik link di sini untuk mengetahui: KENAPA SUSU BADAN CAIR? BEZA FOREMILK, HINDMILK & KOLOSTRUM Klik link di sini untuk mengetahui: TESTIMONI SET MENYUSU SHAKLEE MILK BOOSTER MOM BREASTFEEDING Klik link di sini untuk mengetahui: CARA KURANGKAN BENGKAK SUSU DENGAN LECITHIN |
0 Comments